17 April, 2023
Bila tarikh raya 2023?
13 April, 2023
Dikejar Penangal Balan-Balan
Di Sabah terutamanya di kawasan pedalaman kecoh dengan kisah misteri mengenai hantu penanggal atau juga lebih dikenali sebagai balan-balan di kalangan masyarakat Sabah. Hantu jenis ini dikatakan suka memakan uri ibu yang baru lepas bersalin. Namun begitu benarkah hantu penanggal ini wujud?
Apakah itu penanggal? Adakah ia sejenis hantu ataupun syaitan? Menurut kata orang-orang Sabah terutamanya dari kawasan Kota Belud, penangga ini merupakan individu yang mengamalkan ilmu hitam. Di Sabah, penanggal dipanggil dengan nama B Kuasa Dua. Nak tahu sebabnya kenapa? Ini kerana masyarakat di situ percaya bahawa menggunakan perkataan BALAN-BALAN akan mendorong ia datang kepada orang yang menyebutnya.
Terdapat satu kisah seram yang diceritakan oleh seorang saudara kepada saya dan kisah itu melibatkan balan-balan di Sabah. Ikuti pengalaman menakutkan yang telah dialami oleh sebuah keluarga yang dikejar oleh balan-balan atau hantu penanggal ini.
Seingat saya, kisah seram itu berlaku kira-kira lima tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2012. Menurut saudara saya, pada malam tersebut rakannya baru balik dari satu majlis kesyukuran yang dibuat oleh ibu mertuanya. Rakannya itu bernama Hamid (bukan nama sebenar). Hamid yang bersama isteri dan anak lelakinya pada waktu itu menggunakan satu jalan yang agak suram dan gelap. Seperti pada malam-malam yang biasa, tidak ada sebarang peristiwa aneh yang berlaku sepanjang mereka menggunakan jalan tersebut.
Namun pada malam yang berikutnya, satu peristiwa yang agak seram dan menakutkan terjadi kepada tiga beranak ini. Semasa mereka melintasi sebuah kedai di kampung tersebut, anak mereka terlihat sesuatu seakan-akan penanggal yang sedang berlegar-legar di sekeliling tiang lampu yang berada tidak jauh dari mereka. Penanggal tersebut seperti tidak mengendahkan kehadiran mereka, sehinggalah anak lelaki mereka itu menegur benda tersebut dengan bertanyakan kepada ibunya apakah benda yang terbang berdekatan dengan tiang lampu itu?!
Seolah-olah pertanyaan anak itu didengari oleh penanggal tersebut, terus ia mengekori mereka dari belakang kereta yang dipandu oleh Hamid sehingga menyebabkan anak mereka menangis ketakutan. Ibunya yang dari tadi menyangka penanggal yang terbang mengekori mereka itu adalah seekor burung, turut menangis dan mengarahkan supanya suaminya memandu kereta dengan lebih laju.
Walaupun setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka dari belakang Untuk menenangkan keluarganya, Hamid telah membaca beberapa patah ayat suci Al-Quran serta ayat Kursi sebagai pendinding. Namun begitu, penanggal tersebut bertambah ganas! la menghentak-hentakkan kepalanya ke arah tingkap kereta yang dipandu oleh Hamid seakan-akan ingin mengacahnya.
e-Tunai Rahmah 2023 | RM200 one-off
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
E-Tunai Belia Rahmah
Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan sebuah bantuan kewangan berbentuk e-Tunai yang dikenali sebagai e-Tunai Belia Rahmah.
Bantuan ini pada asasnya akan melibatkan jumlah e-Tunai sebanyak RM200 yang diberikan secara 'one-off' kepada setiap yang layak dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.
Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah para belia berusia 18 hingga 20 tahun.
"Tidak dilupakan, kepada 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta," katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.
Penebusan e-Tunai
RASMI | Kerajaan Beri Bantuan Kewangan Aidilfitri RM300
STR Fasa 3 | Semakan Status Dan Jumlah Bayaran Setiap Kategori
Bayaran BKKA Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri diawalkan kepada 14 April
Untuk penebusan bantuan e-tunai ini, ia berkemungkinan akan dilaksanakan seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan sebagainya.
Namun begitu, makluman rasmi berkenaan kaedah pelaksanaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html
TRAGEDI DOUBLE SIX | PESAWAT GAF NOMAD TERHEMPAS DI SEMBULAN SABAH
Pada 5 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersetuju menyahklasifikasikan laporan kemalangan pesawat Sabah Air pada 1976 itu yang dikenali sebagai "Tragedi Double Six".
Dalam tragedi pada 6 Jun 1976 itu, Tun Fuad Stephens yang baru 53 hari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, meninggal dunia bersama 10 yang lain, termasuk menteri kabinetnya, apabila pesawat GAF Nomad dinaiki mereka terhempas di Sembulan, Kota Kinabalu.
Berikut ringkasan fakta daripada laporan akhir kemalangan itu:
Laporan akhir tersebut dikeluarkan pada 25 Januari 1977, tidak sampai setahun selepas kemalangan berlaku.
Tiada unsur sabotaj, letupan atau kebakaran dalam kemalangan tersebut.
Juruterbang tidak mempunyai rekod prestasi yang baik sebelum kemalangan berlaku.
Juruterbang berada dalam keadaan tekanan untuk kembali ke Kota Kinabalu dari Labuan dan mungkin sedikit kepenatan.
Kejadian disebabkan pesawat hilang kawalan apabila juruterbang mahu mendaratkan pesawat.
Tiada bukti mengaitkan nahas itu dengan kerosakan awal pada enjin atau kerana pesawat tidak diselenggara sebaiknya.
Pesawat Model GAF N-22B Nomad itu diselenggarakan dengan baik dan mengikut jadual penyelenggaraan ditetapkan.
Juruterbang mempunyai lesen untuk menerbangkan pesawat itu.
Pesawat tidak melebihi had muatan ditetapkan.
Kedudukan Pusat Graviti pesawat dikira berada di luar had yang diluluskan.
Maklumat muatan tidak disediakan.
Maklumat penumpang tidak dilengkapkan.
Tiada pelan penerbangan, IFR, difailkan seperti dikehendaki oleh Manual Operasi untuk penerbangan VVIP.
Jumlah beban bahan api tidak dimasukkan dalam log Teknikal.
Bahagian kerosakan log teknikal tidak dibersihkan mengikut amalan yang disyorkan.
Orang awam kini boleh mendapatkan dan membaca Laporan Akhir Siasatan Kemalangan Udara Nahas Pesawat Sabah Air yang berlaku pada 6 Jun 1976.
Laporan tersebut boleh diperoleh menerusi laman web Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan melayari pautan https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad.