09 April, 2020

Kasihat Tombong Kelapa

Rupanya tombong kelapa atau isi dari dari tunas buah kelapa berkhasiat. Biasanya aku tengok di kedai parut kelapa tu orang buang saja. Banyak juga khasiat tombong kelapa ini yang tak di ketahui orang. Tapi aku rasa orang dulu-dulu tau khasiat tombong kelapa ini  sebab masa aku kecil dulu, di majlis kenduri masa masak-memasak, berebut orang tua dengan budak-budak nakkan tombong kelapa ini... hahaha!



Saekarang ini di bandar payah jugalah nak dapat tombong kelapa sebab orang bandar tak membeli buah kelapa. Beli santan terus untuk  menyenangkan dan mempercepatkan proses memasak. Tapi pada yang tinggal di kampung dan ada tanaman kelapa, mudah sangat di jumpai tombong kelapa ini.



Tombong kelapa terhasil dari buah kelapa tua yang sudah bertunas. Biasanya dari buah kelapa yang jatuh sendiri dan di biarkan di bawah pokok sebelum di gunakan. Senang cerita, tombong itu terhasil dari percambahan buah kelapa.  


Lagi besar tunas, makin besar tombong di dalam buah kelapa itu. Tapi tombing ni bila makin besar sudah tak sedap untuk di makan sebab tak ada lagi rasa manisnya. Paling sedap di makan tombong ini adalah dalam besar sikit dari bola ping pong. Biasa berebut makan tombong ini dengan adik-adik waktu kecil dulu.. hehe!


KHASIAT TOMBONG KELAPA

- Mempunyai kandungan zat besi yang bagus untuk menghalang dari terkena penyakit anemia. Dengan memakan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ini adalah sangat baik tubuh badan.


-  Mempunyai kandungan omega 3 yang juga berkhasiat untuk pertumbuhan sel-sel otak sehingga dapat meningkatkan kecerdasan mental. 

-  Kadar fosforus yang banyak dalam tombong kelapa juga boleh membantu menguatkan tulang dan gigi.

- Memakan tombong kelapa juga boleh meningkatkan fungsi hati dan seterusnya mencegah dari terkena penyakit hati yang berbahaya.

- Juga mencegah dari terkena penyakit jantung dan strok.


Banyak lagi sebenarnya senarai khasiat tombong kelapa ini untuk di ambil kira. Boleh google saja. Lain kali apabila terjumpa tombong ini apabila menggunakan kelapa untuk di parut, jangan di buang dan di abaikan. Boleh di makan kerana sangat berkhasiat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari..